
Agak menarik bukan? Tasik berwarna merah jambu @ pink adalah sesuatu yang pelik.Adakah ianya terjadi disebabkan oleh bahan kimia atau perubahan iklim di bumi? Mari kita sama-sama melihat keindahan ciptaan Tuhan.
Kepulauan Recherche di Australia Barat terbentuk hasil daripada pulau-pulau di kepulauan tersebut dan antaranya Pulau yang terdapat Tasik Hilier (tasik merah jambu) yang terletak di Middle Island. Tasik ini kelihatan seperti pepejal merah jambu apabila diambil daripada pandangan atas.

Terdapat beberapa info yang boleh kita ketahui mengenai tasik unik ini:
a) Tasik Hilier berukuran kira-kira 600 meter panjang dan dikelilingi olehh pasir dan hutan tebal paperback dan pokok eucalyptus.
b) Satu jalur jalur gumuk pasir yang diliputi oleh tumbuh-tmbuhan memisahkan ia ke utara dari Lautan Selatan.
c) For your info, terdapat beberapa tasik merah jambu yang dijumpai di dunia selain Tasik Hilier seperti di Retba dan kolam garam di San Francisco Bay. Akan tetapi kewujudan tasik-tasik tersebut dibuktikan terjadi akibat daripada kesan-kesan saintifik tidak seperti tasik Hilier yang masih lagi menjadi tanda tanya.
d) Spekulasi yang diperkatakan oleh saintis bahawa warna merah jambu ini terhasil disebabkan oleh bakteria halophilic merah di keruping garam.
Ia bukanlah satu pembiasan cahaya kerana ianya tetap kelihatan merah jambu jika air tasik tersebut diambil dan diletakkan di dalam bekas.










No comments:
Post a Comment