MIS 750

MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM MIS 750

Monday, 27 May 2013

Apakah akan terjadi sekiranya anda menangis di angkasa lepas?

Angkasa lepas ialah di mana dunia selain daripada bumi yang diterokai oleh saintis untuk mengetahu tentang alam semesta dan pelbagai lagi keindahan ciptaan Tuhan yang esa. Tiada siapa yang tidak mengetahui tentang kewujudan angkasa lepas termasuk kanak-kanak. Di angkasa lepas tiada siapa yang boleh mendengar anda menjerit, terapung di atas udara tetapi apakah yang akan berlaku jika anda menangis di angkasa lepas?

ke manakah air mata anda?adakah ia mengalir ke bawah, terapung atau tidak keluar langsung?
Seorang peneroka angkasa lepas komander ISS Chris Hadfield telah menunjukkan apakah yang akan terjadi pada air mata apabila kita menangis. Di dalam video tersebut, Hadfield tidak menangis tapi dia menggunakan  air minuman dengan memercikkan matanya dengan air untuk dijadikan air mata.


Disebabkan angkasa lepas tiada graviti untuk menyebabkan sesuatu benda jatuh dan itu juga berlaku pada air mata. Air mata tidak akan jatuh akan tetapi hanya membentuk lopak berkilauan di bawah mata seperti ditunjukkan oleh Hadfield.

Menurut Hdfield, menangis di angkasa lepas akan menyusahkan diri anda. Ini kerana jika anda terus menangis, air mata itu akan membentuk bola air yang besar dan lebih besar di dalam mata anda sehingga boleh memasuki hidung dan masuk ke dalam mata yang lain. Ia berkemungkinan boleh menyejat. Oleh itu, apabila menangis di angkasa hanya perlu mengelap air mata dengan tuala sahaja.

Ini adalah eksperimen yang dilakukan oleh Hadfield mengenai air mata apabila kita menangis di angkasa lepas.

https://www.youtube.com/watch?v=1v5gtOkyCG0
sources: http://billyinfo.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Techno Beats